4seasons world

Photobucket
Sekarang nie dh start keje.. Sngt letih tp mmg dh adat klu dh keje so just take it as a challenge to me to be a better person in life. Dh keje bru tau mcm mane susah mak ayah cri duit untuk kite.. Sngt susah.. Tp bile dh dpt duit sngt berbaloi.

Tuesday, December 6, 2011

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum.... Hari nie nk kongsi resepi kek coklat lembap yg mmg yummy... hehe.... serve with vanilla ice cream....


Bahan-Bahan

500 gm tepung kek coklat
110 ml air
140 ml minyak
3 biji telur gred A

Langkah2

1. Putar telur, air dan tepung selama 1-2 minit
2. Masukkan minyak dan putar selama 1 minit lg
3. Panaskan oven pada suhu 170-180 celsius dan bakar kek selama 30-45 minit.
4. Sapu topping kesukaan sendiri. Hias mengikut kreativiti..

Senang sngt sbb nie kek instant... Instant2 pown takut jgk x jd coz 1st time wt kek coklat lembap yg bakar.. hehe.. alhamdulilah jd.. My mom pown puji sdap.. hehe... Kek nie sy serve dgn vanilla ice cream.. sdap sngt2... Selamat Mencuba..

Wednesday, November 30, 2011

Puding Roti

Assalamualaikum.. Hari ni teringin pula nak makan puding roti. Alang-alang bahan dah ada, sy dgn adik-adik bkerjasama buat puding roti... hehe...


Bahan-Bahan
1 1/2 buku roti putih
1 sudu besar kismis hitam
1 sudu besar badam hiris
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk kastard
65gm gula kastor
1/2 liter susu segar
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
(satukan semua bahan dan kacau hingga rata)

1. Roti dipotong bentuk 3 segi. Aturkan roti dalam mangkuk tahan haba atau bekas yang bersesuaian.
2. Tuangkan kastard atas roti hingga rata. taburkan kismis, badan dan serbuk kayu manis.
3. Letakkan mangkuk dalam dulang membakar yang berisi air panas. Pastikan airnya memenuhi setengah mangkuk tersebut.
4. Panaskna ketuhar. Masukkan dulang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180 C hingga masak.
5. Sejukkan puding sebelum dipotong.

Selamat MENCUBA... Sedap sngt...

Monday, November 28, 2011

Apam Polka Dot

Assalamualaikum.. hari nie nak kongsi 1 resepi... resepi hari nie Apam Polka Dot.. sedap sngt n simple nak buat...


Bahan-Bahan

3 biji telur gred A yg disejukkan
275 gm tepung gandum
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
220gm gula halus
1 sudu teh ovelatte
sedikit esen vanila
pewarna-ikut suka sendiri
filling-strawberry/blueberry/chocolate(ikut citarasa)

1. Masukkan gula halus dan telur ke dalam mixer dan pukul pada kelajuan yang maksimum sehingga kembang. masukkan esen vanilla.
2. Kemudian, masukkan ovalette dan putar lagi pada kalajuan yang sederhana. masukkan baking powder.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum dan susu segar. putar sehingga sebati semuanya.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak warna yang diingini. Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan aduan dimasukkan ke dalam cup kertas..
5. Susun cup kertas ke dalam loyang.  masukkan adunan separuh cup kertas. masukkan filling. masukkan adunan lagi.
5. kemudian buat dot-dot pada adunan mengikut warna yg digemari.
6. panaskan periuk pengukus dan masukkan apam ke dalam pengukus dan kukus selama 10-15 minit atau sehingga apam masak.

Senang kan??? nie kali kedua sy buat.. sebelum nie buat x jd.. so, kali kedua buat jadi n excited sngt.. hehe...

Selamat mencuba...

A few picture of Apam polka dot...

Saturday, November 12, 2011

Kisah Couple Seorang Lelaki Islam...


Cerita nie sy bace kat blog org lain... so sy rase bez sngt cerita nie then mintak share dr owner of the blog.. Jom lyan same2...



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


******


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. . 

tamat.

-------------------------------------------------------



Friday, November 11, 2011

Ni Yg Berlaku Bila Exam... (^.^)

11.11.11


Assalamualaikum... Hari nie 11.11.2011... Cantikkan number nie... Hari nie laa org rmai memilih untuk bersatu as husband n wife, lots of new baby born and much more.. Bg golongan ini mereka memilih tarikh keramat ini sebagai tarikh yang istimewa dan bermakna bg mereka n juga memudahkan mereka mengingati tarikh istimewa mereka..

Dkat FB n Twitter sume org dok update status about this number.. apa yang nak dibangga-banggakan sngt dgn number nie... it's juz a number.. ada stengah org ckp this kind og number can bring a luck to a person or else.. x kan laa number boleh bawak luck plak?? Hairan... Tuah, malang, jodoh, ajal sume ketentuan-NYA. Kite sbgai hamba-NYA hanya perlu mengikut segala apa yang telah ditentukan.

As a muslim, kite spatutnya banggakan bulan2 ISLAM spt Muharram smpai ZULHIJAH... Bkn bln2 like January - December.. Bulan2 ISLAM is the better month to us as a muslim... So as a conclusion, x payah laa kite dok banggakan sangat number2 mcm nie... Bkn ade pew2 simbolik pown kepada kite.. It's just a number... hehehe... (^.^)

Thursday, November 10, 2011

2012 Toyota Camry- The One and Only

Cf nie ade Lee Min Ho oppa... really sweeet n love toyota camry too.. hehe... check it out....

2012 Toyota Camry-The One and Only ep 1



2012 Toyota Camry- The One and Only ep 2...

still ade lg ep smbungan... stay tuned... (^.^)v

2012 Toyota Camry-The One and Only ep 3

Final Exam juz around the corner



Assalamualaikum....
pejam celikx2 dh nak abis bulan 11 kan??? As a student, spanjang nak dkt final mmg busy giler dgn nak mnyiapkan segala assignment, miniproject, quiz n test. dh nak wat cam ne mmg nie lah student lifestyle.. mmg x boleh nak mengeluh atau wat ape lg... klu nak bjaye mmg sume nie harus diharungi dengan ikhlas dan redha. kalau kite ikhlas, maka ilmu yang bakal kite perolehi juga akan berkat dan kite juga senang menerimanya.

Next week is my final examination... So currently in Exam Mode...
Jd, sepanjang exam mode nie, apa yg boleh sy lakukan adalah dengan meminta pertolongan Dari-Nya untuk memudahkan segala urusan sy sepanjang minggu peperiksaan yg bakal berlangsung. Besides that, kite juga perlu membuat ulangkaji yang terakhir sebelum exam... klu berdoa tp x brusaha mcm mane nak cpai kejayaan, btol x???

Mane2 student yg akan mengambil final exam mungkin akan mengalami keadaan di mana student tsebut mjadi 'blank' or terlupe mengenai sesuatu fakta. Jd, sy nak share kat cni doa skiranya kite lupe swaktu mnjawab soalan...
Insyaallah, sekiranya kite mngamalkan doa ini, maka kite dpt mngigati kembali segala apa yang telah kite pelajari... Insyaallah...


Semua student akan mengharapkan mndapat result seperti diatas. Sy jugak x terkecuali... Hopefully this sem sy dpt buat yg tbaik untuk this final exam n pass with flying colours.. Sy x terlalu mgharap coz this sem final paper sume killer paper but i will do my best... wish me luck guyz....

So, hopefully sy boleh wat yg paling baik antara yang tbaik untuk sem nie bfore proceed to last semester this December... mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan sy dan dpt mnamatkan pengajian diploma pd thn hadapan dengan jayanya agar dapat mengembirakan dan membalas jasa kedua ibu bapa sy... Love all my family members....

Tuesday, November 8, 2011

Puding Telur

Bahan-bahan

1 tin susu pekat manis
10 biji telur
esen vanilla (1/2 tea spoon)
1 sudu gula (untuk diperangkan)
1 tin air (sukat guna tin susu)

Langkah

1. pukul telur smpai semua sebati. jangan pukul smpai kembang.
2. masukkan susu pekat ke dalam adunan. kacau sampai sebati.
3. masukkan air, esen vanilla. kacau sampai semua sebati.
4. panaskan loyang berisi gula untuk diperangkan pada api yang sederhana.
5. panaskan periuk pengukus. masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga puding masak.
6. sedia untuk dihidangkan.

Saturday, November 5, 2011

Chocolate Chip Muffin



Resepi

Bahan-bahan
1 kg Tepung muffin perisa chocolate chip
220 gram air
285 gram minyak jagung
6 biji telur

Procedure
1. adun semua bahan kecuali minyak jagung selama 1-2 minit
2. campurkan minyak jagung dan adun selama 1 minit.
3. panaskan microwave pada suhu 160 celcius dan bakar selama 30 minit..


selamat mencuba.....

Tuesday, November 1, 2011

Final Examination Schedule Jun 2011

Waaa... Timetable for final exam dah kuar... Need to be ready...








Sume killer paper... Hopefully bleh wat yg tbaik n lulus smua paper... Amin... (^.^)

Couple.... Couple....

Assalamualaikum.... hari nie kite nk share psl my opinion about couple... Ape itu couple??? Rasenye sume dh tau.. dr bdk tadika smpai laa yg dh dewasa... Couple nie apbile pasangan yang bcinte declare their relationship to the public... Hari nie ade laa tdengar kwn dok cite psl ade couple 2 sweet, couple yg nie sweet... Hello.... So.... Whatever darling... bkn la nak kutuk member 2 or org yg b'couple 2... Juz annoyed...

 Actually, couple in islamic perspective is haram. it's bcoz seorang perempuan bdua-duaan dengan ajnabinye or the simple word bkn mahramnye... so diowg bdua boleh kawin... x manis laa klu kluar bdua-duaan dengan bkn muhrim... klu dh desperate sngt ajak laa sedare yg same muhrim tmankan... Dengan adenye teman yang sama muhrim, kite boleh elakkan diri kite mnjadi bahan umpatan org...

klau boleh elakkanlah bcouple or x pyh bcouple... klu nk bcinte boleh tp mengikut batasan islam... Kite hendaklah mcri pasangan yg memilih kite sbgai tman kerana Allah bkn kerana nafsu semata-mata.. Actually kite lebih prefer bcinte slepas bernikah dengan pilihan kluarga... Knape kite bpendapat cam 2 ek?? ummmm.... sebenarnye pilihan keluarga adalah yang paling baik kerana keluarga kite akan memilih yang tbaik kepada anak2nya... family kite of course nak tgk kebahagian anak2 mereka..

Dengan menikahi calon pilihan kluarga dan kite redha dengan bakal suami/isteri kite, insyaallah kite akan mendapat keberkatan dan juga mendapat kemanisan bercinta selepas berumah tangga.. Selain itu, antara faktor yang menyebabkan kite merasa bahgia dan merasa manisnya cinta setelah bernikah kerana jodoh kite mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak keluarga.. Itu lebih baik daripda bercinta bagai nak rak tapi x mndapt restu daripada orang tua kite...

So, what do you guys think?? Couple before marriage or after marriage??

Friday, October 28, 2011

Reasons Why Man Doesn't Want To Get Marry.....



Assalamualaikum.... Entry kali nie bkaitan dgn sbb2 kenape lelaki x nak get married. Content dlm entry nie sy copy dr post someone dr facebook.. thankz to him... juz nk kongsi bsame jew.... So ade 20 reasons why man doesn't want to get married....

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .


3. " Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.


5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!


6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.


7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!


8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.


9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.


10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.


11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!


12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!


13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!


14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!


15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.


16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.


18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.


19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.


20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.



So, adakah anda slah seorg drp list di atas?????

Popular Posts