Bahan-bahan
4 biji telur ( saya guna gred A)
2 tsp ovalatte
200 gm gula halus
250 ml santan/susu cair/susu segar ( kalau guna santan rasanya akan berbeza berbanding guna susu cair or segar)
1 tsp esen vanilla (kalau nk letak lebih pun ok)
1tsp baking powder
300 gm tepung gandum
Pewarna
Langkah-langkah
1. Pukul telur, ovalatte dan gula halus sehingga kembang. (better guna mixer)
2. Masukkan santan/susu cair/susu segar dan esen vanilla. gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. gaul lagi sehingga sebati semua adunan.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
5. Masukkan ke dalam loyang mengikut kreativiti masing-masing.
6. Kukus selama 1 jam 5 minit atau sehingga masak. Sebelum masukkan loyang kedalam periuk kukus, saya biasanya akan panaskan dahulu periuk kukus.
Jadi, nie laa hasilnya setelah masak.. Selamat Mencuba.... (^.^)v
No comments:
Post a Comment