Wahai hati....
janganlah kau begini wahai hati...
walaupun kau mempunyai perasaan sebegitu kepadanya
saharusnya kau membuang perasaan itu sejak awal lagi
tetapi kini, perasaaan itu terlalu kuat untuk disingkirkan...
Wahai hati,
mengapa perlu kau membuka hati kau kepadanya
seharusnya saat ini tidak boleh mana-mana perasaan yang datang dapat menembusi benteng hati ini
tetapi, kerana hati ini amat lemah maka perasaan itu dapat bercambah dengan senang...
dengan ini wahai hati, tidak sepatutnya perasaan itu bercambah dalam ruang hati ini...
Wahai hati,
walaupun berbagai cara digunakan untuk menyingkirkan perasaan ini, semakin jauh diri ini
daripadanya, makin kuat hati dan firan ini teringatkanmu..
mengapa harus begini.. kenapa perlu ada perasaan cinta dan suka kepadamu??? adakah perasaan
dalam hati ini cinta sebagai seorang kekasih atau cinta sebagai seorang adik kepada abangnya??
persoalan ini yang harus aku rungkaikan... tapi bagaimana?? bagaimana caranya untuk aku rungkaikan
perasaan yang wujud kala aku keseorangan?? kenapa dia?? sebelum ini pernah juga aku
suka pada orang lain, tetapi kali ini perasaan aku lain. kalau dahulu senang untuk aku jatuh cinta
dan senang untuk aku lupakan orang itu..
tetapi berbeza untuk kali ini... mengapa?? adakah dia jodohku?? sekiranya dia jodohku, dekatkan
diri dan hatinya dengan ku.. sekiranya dia bukan jodohku, jauhkan diri dan hatinya dariku...
sesungguhnya jika dia bukan jodohku, kekalkan dia sebagai ahli keluargaku... itulah doaku setiap
masa untuk petunjuk adakah dia adalah orangnya???
Wahai hati,
tabahkanlah hati ini sekiranya cinta ini adalah cinta yang bertepuk sebelah tangan..
redhakan dan pasrahkan hati sekiranya diri ini bukan pilihannya..
sesungguhnya setiap manusia telah dijadikan oleh tuhan secara berpasang-pasangan..
meskipun dia bukan jodohku, tetapi hubungan kekeluargaan tetap ada..
hanya berserah kepada tuhan..
No comments:
Post a Comment